mari buat album sendiri dengan harga murah

trip to Langkawi

trip to Langkawi
waterfall

Thursday, October 23, 2014

Mengembara

Mengembara di bumi tuhan.
Bukanlah ego.
Bukanlah angkuh.
Bukanlah sombong.

tapi melihat keindahan yang dicipta olehNya.



trip ke Langkawi.
Banyak trip yang masih belum aku update.

Kemalasan itu satu penyakit sebati dengan jiwa aku.
Ku seru rajin.

hahaha!

Tuesday, July 29, 2014

Mengembara di negara sendiri secara solo part 1

Lama sudah tak menjenguk blog.
Ada di hujung hari pun masih gagal nak update.
Malas?
Tak de idea?
Entah la.
Hari ni cipta sejarah lagi.
Kereta breakdown smlm.
Kena tarik ke pusat servis proton glenmarie.
Jadilah pengembara solo di negara sendiri.
Seriusly!
Naik lrt kena tanya amoi ni lrt star ke komuter? Camne nk naik komuter? Camne nk gi sebelah sana?
Owh! Lepas ni lebih mencabar!

Thursday, May 1, 2014

Masakan hari cuti : daging masak blackpapper

Hari ini hari buruh.
1 mei 2014.
Selamat bercuti kepada warga malaysia yang bekerja dan bercuti hari ini.
Hospital, polis, askar, bomba, kastam, imigresen, pegawai trafik udara dan lain-lain mana boleh cuti. Lingkup malaysia nanti.
Sempena hari cuti ini rasa macam rajin untuk memasak. Hahaha...
Oleh yang demikian..inilah resipi ringkas dan mudah bagi mereka yang inginkan lauk simple.
Daging masak blackpapper
Bahan-bahan :
Daging (terpulang nak berapa banyak. Bahagian mana-mana pun boleh)
Bawang besar - dipotong membulat
2 sudu besar lada hitam yang dikisar dari biji lada hitam (homemade lada hitam. Terpulang nak kisar halus atau sedikit kasar. Saya kisar sedikit kasar agar ada tekstur)
Garam
Air
Minyak
Cara memasak :
Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak (jangan pula minyak angin ya..hehehe). Masukkan  bawang besar dan tumis. Kemudian masukkan daging. Gaulkan. Selepas seminit, masukkan blackpapper, air dan garam. Biarkan mendidih.
(Anda boleh memilih untuk dijadikan sedikit berkuah atau kering.
Saya buat sedikit berkuah.
Lebih elok jika kering bagi mereka yang ada angin dalam badan seperti saya. Hehehe...)
Done!
Bagi hasil yang lebih sedap, ketika air sudah kering, anda bolehlah masukkan air lagi dan biarkan mendidih dan kering. Boleh diulang 3 4 kali bagi penyerapan blackpapper ke dalam daging tersebut.
Selamat mencuba!

Tuesday, April 22, 2014

Perjalanan pulang ke kl

Asal perjalanan pulang dari taiping, perak.
Banyak perkara di taiping boleh dilakukan.
Tapi kerana aku ini perlu bergegas pulang, hanya makan sahajalah bisa aku lakukan.
Makan sedap?
Nah.... aku kenalkan makanan ringan...
Sotong kangkong, fruit cocktail dan pisang cheese.
Rare!
Jauh mana aku pergi...dari sini juga yang sedap!

Sunday, April 20, 2014

the page. the owner.

Salam perkenalan. mungkin owner ini telah lama. tapi blog ini baru. hahaha... kali ini blog ini berbeda. merungkai sejuta rahsia di dalam diri. apa yang saya mampu. apa yang saya mahu. bermula dari kisah 4 sahabat yang secara tidak lansung menempah tiket ke Pekanbaru. nyata....segalanya bermula situ. inilah kisah seorang gadis yang terpelanting dari comfort zone. mencari identity. mencari ketenangan hati. mencari kesukaan hati. melancong. makan. bekerja. sambung belajar.

Greetings. owner may have been a long time. But this new blog. hahaha ... This blog is different this time. dismantling a million secrets in themselves. what I'm capable of. what I want. beginning of the story of four friends who are not direct their tickets to Pekanbaru. real .... it all started there. This is the story of a girl who was thrown from the comfort zone. find identity. find peace of mind. hearts find joy. travel. eat. working. continuing study.

promo 1st gambar,