mari buat album sendiri dengan harga murah

trip to Langkawi

trip to Langkawi
waterfall

Thursday, May 1, 2014

Masakan hari cuti : daging masak blackpapper

Hari ini hari buruh.
1 mei 2014.
Selamat bercuti kepada warga malaysia yang bekerja dan bercuti hari ini.
Hospital, polis, askar, bomba, kastam, imigresen, pegawai trafik udara dan lain-lain mana boleh cuti. Lingkup malaysia nanti.
Sempena hari cuti ini rasa macam rajin untuk memasak. Hahaha...
Oleh yang demikian..inilah resipi ringkas dan mudah bagi mereka yang inginkan lauk simple.
Daging masak blackpapper
Bahan-bahan :
Daging (terpulang nak berapa banyak. Bahagian mana-mana pun boleh)
Bawang besar - dipotong membulat
2 sudu besar lada hitam yang dikisar dari biji lada hitam (homemade lada hitam. Terpulang nak kisar halus atau sedikit kasar. Saya kisar sedikit kasar agar ada tekstur)
Garam
Air
Minyak
Cara memasak :
Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak (jangan pula minyak angin ya..hehehe). Masukkan  bawang besar dan tumis. Kemudian masukkan daging. Gaulkan. Selepas seminit, masukkan blackpapper, air dan garam. Biarkan mendidih.
(Anda boleh memilih untuk dijadikan sedikit berkuah atau kering.
Saya buat sedikit berkuah.
Lebih elok jika kering bagi mereka yang ada angin dalam badan seperti saya. Hehehe...)
Done!
Bagi hasil yang lebih sedap, ketika air sudah kering, anda bolehlah masukkan air lagi dan biarkan mendidih dan kering. Boleh diulang 3 4 kali bagi penyerapan blackpapper ke dalam daging tersebut.
Selamat mencuba!